KL Sport City Bukit Jalil, 20 Oktober 2019 – Sempena Bulan Sukan Negara, pelbagai aktiviti telah diadakan dan salah satunya adalah Karnival Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Peringkat Kebangsaan. Karnival ini telah diadakan selama 3 hari iaitu pada 18 Oktober hingga 20 Oktober 2019.

Karnival ini bertujuan memupuk minat dan menarik penyertaan pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan dalam memasyarakatkan sukan dan seterusnya dapat merealisasikan konsep penyertaan di dalam aktiviti sukan selaras dengan hasrat Malaysia Sports Challenge (MySc) dan Fit Malaysia dalam pembudayaan negara bersukan dan gaya hidup sihat.

Pelbagai acara telah dipertandingkan iaitu bola sepak 9 sebelah, bola jaring, badminton, bowling, tarik tali, golf berpasukan, karom berpasukan, dan bola tampar. Turut dipertandingkan adalah acara sukan dalaman iaitu e-sport (Fifa 19), dart dan dam aji.

Buat julung kalinya, dengan penubuhan baharu i-LEAD di bawah KBS, i-LEAD telah menghantar peserta untuk bertanding dalam acara yang dipertandingkan. Selain i-LEAD, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) turut sama-sama berada di dalam satu Kontinjen iaitu Zon Agensi II, Team Barracuda. Sebanyak 8 kontinjen telah bertanding merebut mata dan hadiah bagi acara yang dipertandingkan.

Secara keseluruhannya, i-LEAD telah berjaya memenangi Johan Kontinjen Terbaik Kebangsaan dan membawa pulang piala dan wang tunai RM1,000.

Tahniah i-LEAD.
Sukan untuk semua.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan