Peserta sedang khusyuk mendengar taklimat dari penceramah

Putrajaya, 29 Ogos 2019 – Demi kepentingan penulisan dokumen rasmi yang tepat, padat dan jelas isi kandungannya dan memenuhi kehendak pelanggan, Bahagian Penyelarasan Strategik telah menjalankan Kursus Pemantapan Penulisan Dokumen Rasmi untuk pegawai dan kakitangan i-LEAD.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan pegawai dan kakitangan dalam penyediaan dokumen rasmi di samping memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam penyediaan dokumen-dokumen berkaitan.

Kursus ini memfokuskan kepada pemantapan penulisan dokumen rasmi seperti surat dan memo, minit mesyuarat, jawapan soalan parlimen (Dewan Negara dan Dewan Rakyat) serta Memorandum dan Nota Jemaah Menteri.

Seramai 40 orang peserta terlibat dan terdiri daripada wakil setiap Bahagian dan Kluster di i-LEAD.

Kursus ini turut melibatkan empat (4) orang penceramah dari Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan iaitu Encik Mohd Miqdad Aswad bin Zulkafli, Jabatan Parlimen Malaysia iaitu Puan Wan Norzaleha binti Wan Hassan, Kementerian Belia dan Sukan iaitu Encik Mohd Nor Amin bin Misnan dan dari Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Puan Nelawati binti Ngadul.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan