Perbincangan mengikut bidang Program Bengkel Pemerkasaan Modul MFLS Tier 3 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 6 September 2019 – Bengkel Pemerkasaan Modul MFLS Tier 3 anjuran Kluster Kepimpinan telah dilaksanakan pada 5 hingga 6 September 2019 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. Secara asasnya Program MFLS melibatkan tiga (3) Tier. Bengkel ini adalah lanjutan dari program Tier 1 dan Tier 2.
Peserta yang terpilih mengikuti MFLS ke peringkat Tier 3, akan diberi peluang mengikuti program yang berbentuk latihan dan amali di dalam dan luar negara. Di samping berpeluang menjalani latihan dalaman dan pendedahan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta. Selain itu, peserta juga turut ditawarkan mengikuti program mentor-mentee bersama tokoh-tokoh yang berpengaruh seperti YAB Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan ahli-ahli korporat.
Tujuan bengkel dilaksanakan adalah untuk memurnikan modul Tier 3 MFLS dengan mengadakan kolaborasi strategik bersama pemegang taruh MFLS bagi mendapatkan input yang bersesuaian. Selain itu, ia turut menetapkan penyelarasan tugas, tanggungjawab dan peranan pemegang taruh dalam pelaksanaan modul Tier 3.
Bengkel ini melibatkan kehadiran pegawai-pegawai agensi kerajaan, GLC, sektor korporat dan NGO seperti KPM, JPA, IDFR, SPA, UPM, KBS, UMW Corporation, Samsung Malaysia Electronics, GEN My, Media Prima Berhad, MBM, IYC, Global Wellnes Foundation, MIDP, Islamic Relief, Malaysia Relief Agency (MRA), United Nation Association of Malaysia dan Yayasan Hasanah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan