Peserta bengkel bergambar bersama-sama Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Strategik, i-LEAD

Putrajaya, 6 Ogos 2019 – Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) akan berakhir pada penghujung tahun 2020. Kesinambungan daripada itu, Kerajaan kini sedang merangka pelan hala tuju RMKe-12 yang akan menjadi panduan dalam memastikan pembangunan negara selari dengan hasrat kerajaan baharu ke arah pembentukan masyarakat yang lebih harmoni dan sentosa. Bagi tujuan ini, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi peneraju Kumpulan Fokus (Focus Group) 5:  Literasi Perlembagaan dan Etos Bangsa di bawah Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Perpaduan Nasional. Seramai 46 orang peserta yang terlibat dan terdiri daripada wakil Kementerian/ Jabatan/ agensi kerajaan termasuk pegawai dari i-LEAD. Bengkel ini turut melibatkan seorang penceramah dari Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Kartini binti Aboo Talib.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan